- Laman Utama
- Umum
- Keahlian
- Aktiviti
- Info DPMM
- Direktori Ahli
- Hubungi Kami

Keahlian

Faedah menjadi ahli

1. Setiap nama dan syarikat berdaftar sebagai ahli Dewan dimasukkan di dalam direktori dan bank data Dewan. Ini digunakan untuk memperkenalkan syarikat-syarikat ahli kepada pihak kerajaan, agensi-agensi kerajaan, kedutaan Malaysia di luar negara, pihak swasta dalam negeri/luar negara dan institusi-institusi kewangan bagi mengenalpasti peniaga-peniaga Bumiputera yang layak untuk menjalankan projek mereka.

2. Ahli Dewan juga diberi keutamaan dalam menyertai kursus-kursus Latihan, seminar, forum, dialog dan berbagai-bagai aktiviti anjuran Dewan dengan bayaran minimum.

3. Dengan menjadi ahli Dewan, peniaga Melayu dapat memperluaskan perhubungan/perjumpaan Perniagaan sesama mereka atau dengan pihak luar.

4. Bagi ahli yang menghadapi masalah Perniagaan, Dewan ada menyediakan perkhidmatan kaunseling serta lain-lain bantuan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh ahli-ahli Dewan.

5. Dewan juga menyediakan beberapa kemudahan untuk ahli-ahlinya mendapatkan perkidmatan faks, fotokopi, komputer, bilik mesyuarat / persidangan dan mengeluarkan sijil tempasal (certificate of origin).

Jenis Keahlian

Keahlian DPMM terbahagi kepada 4 iaitu Ahli Biasa, Ahli Bersekutu, Ahli Bergabung dan Ahli Kehormat.

Cara menjadi ahli

Dapatkan Borang Keahlian di DPMM Pusat/Negeri yang berdekatan dengan anda. Seseorang individu, syarikat atau sesuatu perniagaan hanya boleh menjadi Ahli bagi sebuah Negeri atau Wilayah Persekutuan sahaja dan di bawah satu fasal sahaja, samada atas individu, syarikat atau perniagaan, kecuali untuk permohonan menjadi Ahli Bersekutu di bawah fasal 6.3.4 dan Ahli Bergabung Dewan di bawah fasal 6.4.1 Perlembagaan ini yang dibuat terus kepada Ibu Pejabat Dewan.

Sila muat turun Borang Keahlian DPMM seperti di bawah ini:

Borang Keahlian DPMM

 

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pahang
Jalan Teluk Sisek, 25100 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
09-5142112