24. August 2016 · Comments Off on Kunjung hormat NYDP DPMMP ke SME BankWilayah Timur · Categories: Berita, Informasi

14 April 2016: “Antara kelemahan usahawan Melayu di Malaysia ini ialah pengurusan kewangan dan akses kepada pembiayaan kewangan”, kata Pengurus SME Bank Wilayah Timur En. Mat ZakiHamat. Menurutnya lagi walaupun pelbagai pihak menyediakan bantuan pembiayaan kewangan namun segelintir sahaja usahawan Melayu yang layak berbanding lain-lain bangsa.

Ketika dikunjungi oleh wakil DPMMP En.YusriYusof selaku NYDP bersama-sama En. W. Alhamdulillah W.Abd Rahman, En. Mohd Yusrizal Omar dan En.Hairi Azuan M Idris (Pengerusi DewanMuda) di Ibu Pejabat SME Bank Pantai Timur, beliau mencadangkan beberapa tawaran pembiayaan kepada usahawan antaranya:

  1. Tabung Usahawan Baru (TUB) dilancarkan pada 1994 dengan kadar keuntungan sebanyak 4-6% untuk pembiayaan maksima 5 Tahun. Modal berbayar syarikat kurang dari 2 juta dan beroperasi kurang dari 7 tahun layak  memohon.
  1. Pembiayaan pembelian bangunan kedai sehingga 150% dari harga pasaran.
  1. Working Capital Guarantee Scheme (WCGS) / Factoring.

Borang permohonan pembiayaan boleh dimuatturun dari portal www.smebank.com.my.SME Bank turut menyediakan SME Apps yang boleh dipasang di mana-mana telefon pintar Android, IOS dan Windows bagi memudahkan usahawan mendapatkan info pembiayaan dengan lebih pantas.

Dalam pertemuan ini juga SME Bank berharap DPMMP akan menjadi hub bagi usahawan mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat dalam membentuk golongan usahawan yang mempunyai daya saing tinggi dan mampu mengurus kewangan dengan baik. SME Bank juga bersedia untuk bekerjasama dengan DPMMP untuk memberi taklimat kewangan kepada mana-mana usahawan yang memerlukan.

smebank

Comments closed