16. April 2016 · Comments Off on MPK minat untuk bekerjasama dengan DPMMP · Categories: Uncategorized

11 April 2016: YDP DPMM Negeri Pahang YH Dato’ Hj Abd Rahman Daud bersama TYDP Tn Hj Abd Wahab Ismail, NYDP En. Yusri Yusof dan SUK En. Mokhtar Kassim telah mengunjungi YDP MPK YH Dato’ Haji Fadzilla bin Haji Salleh, DIMP., SMP., AAP di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam usaha mengeratkan kerjasama dua hala kedua-dua pihak.

Antara intipati diskusi ringkas tersebut,

1. MPK dan DPMMP mengharapkan kerjasama berterusan dalam membangunkan ekonomi Negeri Pahang.

2. MPK mengharapkan DPMM mengemukakan kertas cadangan bagi penambahbaikan tapak Midtown di Taman Esplanade serta bersedia menyokongnya bagi merealisasikan hasrat MPK untuk membangunkan dan memajukan kawasan tersebut.

3. Projek ECER di Tanjung Lumpur yang akan disiapkan akan diserahkan kepada pihak MPK dan MPK berminat membentuk kerjasama dengan pihak DPMM Pahang bagi mengisi ruang-ruang perniagaan oleh Usahawan dari DPMM.

Picture16 Picture17

Comments closed