PERUTUSAN YBHG. SDR. YUSRI BIN YUSOF

YDP DPMM NEGERI PAHANG 2017/2020

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah segala puji-pujian diatur kehadrat  ALLAH  S.W.T kerana dengan limpah kurnianya  Saya memanjatkan kesyukuran kepada ilahi kerana masih sama-sama dengan barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan DPMMP dan Ahli Jawatankuasa DPMMP  untuk melaksanakan amanah dalam usaha membina kekuatan melaksanakan tugas membangun DPMMP.

Antara sasaran DPMM Pahang sepanjang sesi pentadbiran saya ialah:

1. Memastikan DPMM Pahang sebagai “3rd Force” dalam membantu meralisasikan rancangan kerajaan.
2. Menyediakan sebanyak mungkin usahawan IKS di negeri Pahang ke pasaran global.
3. Menaiktaraf profesionalisme usahawan melayu dengan penarafan akademik dan kemahiran.
4. Mengujudkan jaringan usahawan melayu yang lebih besar dan utuh seluruh negeri Pahang.

 Akhir kata besarlah harapan saya bersama AJK DPMMP  sebagai “source body” bersama dengan kerajaan negeri Pahang pada tahun 2017,agar semua program yang dirancang mampu menjadi kenyataan dan mendapat sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak. Semoga usaha-usaha ini mampu menyemarakkan semangat juang para peniaga dan usahawan-usahawan Melayu Negeri Pahang untuk sentiasa mempertingkatkan usaha dan perniagaan mereka demi mendapat pengiktirafan dan membuka minda pelbagai pihak terutama yang berkait rapat dengan dunia keusahawanan sebenar.

 Sekian Terima Kasih. Wassalamualikum wbt

yusry yusof